Followers

Monday, April 29, 2013

Tolong Saya Cari Rumah Sewa!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
 
Ni entri express..Sesiapa yang ada maklumat tentang rumah untuk disewa sekitar Klang - Bukit Raja, Meru, Kampung Jawa, Jln Haji Sirat dan kawasan sekitarnya, harap boleh pm saya..saya tengah cari rumah sewa untuk kemasukan May 2012..Budget sewa bulanan dalam >rm600..ha3, ada ke sewa semurah itu..kalau tengok dalam Mudah.com, amboi sewa semuanya mahal-mahal..oh ya, apartment tak nak yer..kalau ada rumah kampung pun boleh dipertimbangkan..anyway kalau ada rezeki insyaAllah dapat yer tak..
 
so jangan lupa pm saya yer..
 

Sunday, April 28, 2013

My Flower Quilt - Yoyo Fabric

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

kali ini saya nak kongsikan flower quilt ni, craft turun-temurun...from my grandma to my mom and to me...to anak-anak saya? well, tak tahu lagi sbb mereka nie kecik lagi...senang dan simple je buatnye...gunakan kain yang tidak begitu tebal supaya bunganya kemas dan cantik...maaf sebab gambar kurang memuaskan, guna kamera hp 2MP jer..

1) Mula-mula, gunting kain berbentuk bulat dan sama saiz secukupnya. 

2) Selepas itu, lipat ke dalam sedikit dan jahitkan keliling. Bila dah siap jahit macam kat atas ni, tarik dan ketatkan benang sebelum matikan jahitan.

3) Ini adalah bentuk dan hasil selepas dijahit. Buat seberapa banyak yang diperlukan.

4) Untuk sambungkannya, mula-mula ambil 2 ketul dan jahitkan hujung bersama (jahit sikit jer). Ulanglah proses jahit menjahit ni sampai habis. Corak dan bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti masing..

Kat bawah ni adalah sebahagian hasil tangan saya..boleh buat lapik tv, radio, CD player and even tablecloth...ada yang saya gunakan kain lebihan menjahit dan ada kain yang saya beli...


yang di atas ni tengah dalam proses, he3 tak tahu bila nak siap nie

Jadi, selamat mencuba...terutamanya kepada tailor, mesti banyak kain lebihkan...boleh buat quilt nie...atau ada sesiapa nak derma kain perca kat saya? Kain dah nak habis nie  ;) ...he3
 

Thursday, April 18, 2013

Introduction to Year 2013

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Introduction Year 2013?? Tahun 2013 dah 4 bulan berlalu la mek..Inilah first entry utk tahun 2013..Lambat sangatkan entry intro..Apa nak buat, kekangan masa plus internet line yang lembap..
 
Sorotan kebelakang nampaknya tahun lepas (2012) yang paling sikit entry..blogshop pun tergendala-bersawang dan penuh habuk..oh tidak!! Aku perlu bangkit dan teruskan perjuangan cita-cita ku..
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...