Followers

Wednesday, July 6, 2011

Kelebihan Bulan Syaaban

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Hari ni nak kongsikan sedikit coretan di ambil drpd wall sahabat FB saya..kira 'copy paste' jelah nie..

Sedar atau tidak Bulan Syaaban sudah menjelang beberapa hari yang lalu.. Terlalu banyak rasanya kelebihan amalam bulan2 syaaban ni..

Antaranya : Dari Aisyah R.A : Tiada bulan yang Nabi paling banyak berpuasa melainkan pada BULAN Syaaban..



Sabda Nabi SAW :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikilah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban :
-Diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
-Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
-Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub serta Nabi Daud.

Jika disempurnakan puasanya sebulan penuh dibulan Syaaban :
-Dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut.
-Dikeluarkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur.
-Dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir.
-Ditutup Allah AIBNYA di hari qiamat
-Diwajibkan syurga baginya.

Berkata Saidatina Aisyah RA :
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Nabi SAW :
‘Syaaban adalah bulanku, serta Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan d
osa (jasmani rohani).’

Sabda Nabi SAW lagi :
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat keatasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu serta diberkatkan rezkinya. Serta Allah membukakan baginya pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’

Lagi Sabda Nabi SAW :
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...