Followers

Wednesday, June 1, 2011

Crochet Hat for my girls

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Minggu lepas saya sempat siapkan crochet hat untuk anak-anak saya..pada mula, saya kaitkan untuk adik warna putih..lepas tu bila kakak tengok adik pakai hat tu, dia pun nak juga...nak color pink katanya..maka saya buatkanlah 'crochet hat' yang lain drpd adik..hari-hari kakak tanya bila nak siap, amboi tak sabar nampaknya..so bila dah siap, dia pun pakailah..walau bagaimanapun, dia pakai sekejap je, lepas tu dia campak ke sana sini..



bergambar di Tesco Setia Alam..jenuh memujuk suruh pakai topi sebelum ambil gambar

Topi adik saya jahitkan bunga crochet pada hat tapi topi kakak saya gunakan 'crochet hairclip' untuk bunganya...jadi senang nak tukar-tukar kalau dia jemu..

Close-up view

Kalau nak buat macam-macam jenis crochet hat, bolehlah KLIK DI SINI...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...