Followers

Tuesday, October 26, 2010

BUNGA REBEN TERATAI (BUNGA TELUR)

Salam..ini adalah entri kedua untuk bunga reben saya...saya buatkan untuk sample bunga telur dalam fotopages saya.... maaf la sebab gambar kurang memuaskan (amik pakai kamera hp)...saya gunakan reben bersaiz 2 inci warna cream...reben kena gunting sama saiz kemudian barulah lipat dan jahit...tambahkan manik bunga di tengah, barulah berseri...dihiaskan lagi dengan reben organza dan aksesori tambahan.. 




Wednesday, October 20, 2010

ROZET MERIA

Salam..ini adalah bunga reben yang saya buat untuk hantaran adik saya...simple je..reben dan organza...





sebenarnya rozet ni boleh di touch-up dengan aksesori macam kat bwh nie (contoh2)...


Monday, October 18, 2010

I am sorry...maaf banyak-banyak

Salam...saya nak mintak maaf banyak-banyak...sebab??? pasal order la..saya tahu masih ada yang menunggu bila order diorang nak siap...alhamdulillah, saya berjaya siapkan lebih daripada separuh..masih ada lagi sedikit yang berbaki...kepada yang menempah semasa bulan Ramadan lagi, harap bersabar ye...insyaallah tempahan akan disiapkan sebelum bulan November...saya akan letak dalam entry bila ada kelapangan...walau bagaimana pun saya tidak akan meletakkan semua order dalam entry sebagai menghargai permintaan customer yang minta dirinya di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu...bagi saya tiada masalah..sebab itulah entry untuk order biasanya saya buat selepas customer terima order mereka dan saya akan minta kebenaran untuk buat entry mereka...so kepada yang masih menunggu, harap bersabar dan saya minta maaf di atas kelewatan ini...







Friday, October 15, 2010

Tutorial..The bird that cannot fly..

Salam..kali ni jom kita buat kraf burung ni...simple dan senang cuma perlukan kesabaran dan ketelitian..bahan utama adalah cawan kertas yg bersalut plastik di luarnya...mesti gunakan cawan ni, jangan gunakan cawan kertas biasa...memang kurang menjadi sebab saya dah cuba...(",)...

1) mula-mula kemekkan sedikit cawan kertas supaya senang nak gunting.
2) gunting kepala burung seperti dalam gambar di atas.


3) selepas tu, guntingkan kepada 8/9 bahagian (sama tinggi) untuk bahagian badan burung.
4) guntingkan pula kepada 7/8 bahagian ke bawah sedikit (untuk bahagian ekor).

5) ok, dah siap proses gunting-menggunting...sekarang proses anyam pulak..bermula bahagian badan burung, anyam selang-seli bahagian-bahagian yang digunting tadi...anyam semua sehingga habis...kemaskan bahagian yang akhir dengan gam...
6) sekarang kita anyam pulak bahagian ekor burung...sama juga macam anyam badan burung tadi...kemaskan bahagian akhir dengan gam...

7) akhir sekali, lipatkan bahagian kepala burung yang dah digunting tadi..taraaaa, dah siap pun..

bahagian dalam yg boleh diisikan dengan 'lots of things'..
staple badan dan ekor supaya 'lots of things' dlm tu tak keluar. 

sorylah sebab saya gunakan cawan mcD nie...nak cantik, beli la cawan yang bercorak-corak kat kedai..gerenti menawan...bekas burung ni boleh digunakan sebagai bekas telur (disitulah bermulanya idea nie), sebagai bekas cenderahati especially birthday party untuk anak-anak kita..bolehlah letakkan gula-gula, coklat, sumi, keychain dll...budak-budak mesti suka dapat cenderahati bentuk burung nie..selamat mencuba ye...
kalau rasa-rasa malas nak buat sendiri, bolehlah roger2 saya k...he3...ada ke orang nak tempah?????

Tuesday, October 5, 2010

Just for laugh and fun..

Salam..entry ni simple dan ringkas je..nak tau lebih lanjut, sila KLIK DI SINI ...bacalah, pasti ada sesuatu yang berjaya mencuit hati anda..hati anda pasti akan berkata - eh, betul la... haah, memang macam tu pun ada..nak tau, kena baca link ye....KLIK DI SINI





Friday, October 1, 2010

Spagetti on the menu

Salam..semalam saya masak spagetti..hubby suka makan spagetti, jadi kerap jugalah buat spagetti nie..cara nak buat sosnya mudah je..cuma guna sos prego, button mushroom, minched beef dan hotdog..

Ramuanku..
1 tin sos spagetti prego
500gm minched beef (ramly burger)
1 tin button mushroom
5 ketul hotdog (dipotong-potong)
2 ulas bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 peket spagetti

Cara masak..
1) rebus air dan masak spagetti hingga lembut/masak..toskan dan ketepikan.
2) letak minched beef dalam bekas dan tambah air sedikit..gaulkan hingga ianya tidak berketul-ketul.
3) panaskan kuali..tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau..masukkan minched beef  tadi..masak sebentar dan tambah air jika perlu.
4) masukkan sos prego, mushroom, hotdog, dan garam secukup rasa..ha, dah siap..

mudahkan..kalau nak buat spagetti meatball, cuma tambahkan meatball pada sos..boleh juga masukkan cheese dalam sos untuk rasa yang lebih ummpphh...saya lebih suka gunakan sos dalam tin berbanding dalam botol sebab sos tin lebih pekat..oklah, selamat mencuba...




semua gambar dari google search


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...