Followers

Thursday, June 10, 2010

Skype

Salam...malam ni saya nak citer plak pasal 'SKYPE'..apa benda menatang ni? he3..well, menatang ni menambahkan lagi kemudahan komunikasi kita..sebenarnya 'SKYPE' lebih kurang macam YM (yahoo messenger) tapi lebih advance lagi..dengan 'SKYPE', kita boleh buat chatting, video call (boleh nampak gambar), voice call (mcm kita telefon), boleh hantar gambar atau file..kira memang lebih mudah dan advance la..saya berkenalan dengan 'SKYPE' ni pada tahun 2008 semasa bekerja di sebuah syarikat 'freight forwarder' di Port Klang..memang 'SKYPE' ni memudahkan kerja saya..kalau customer nak tahu pasal cargo, vessel(kapal), draft BL (Bill Of Lading), manifest, dan macam-macam lagi (sesiapa yg bekerja dlm bidang 'shipping' mesti tahu semua ni....:), saya cuma berkomunikasi dengan 'SKYPE'..guna telefon & fax pun ada juga tapi taklah sekerap menggunakan 'SKYPE'..he he kekadang boleh sembang dengan bos @ kawan kat meja sebelah..orang tengok macam khusyuk buat keje, rupanya chatting..he3..oh ya, 'SKYPE' ni FREE je..jom la kita daftar ramai-ramai kat http://www.skype.com.. ini bukan iklan berbayar tau tapi saja nak kongsikan dengan kengkawan..

jom daftar kat sini....SKYPE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...